CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 12, 2010

HAL ORANG DEWASA PART 1

oleh kerana umur saya telah meningkat 20-an maka saya telah diberikan kelulusan oleh kerajaan Malaysia utk bercakap mengenai perkara2 yang agak berbahaya kepada kanak yang belum tahu membezakan baek dan buruk atau dengan kata laen nya yang belum mumayyiz. jika ada juga kanak2 yang berdegil untuk membaca, sila la panggil dahulu ibu bapa anda untuk menemani anda. jika ibu bapa anda malas untuk melayan kerenah anda, panggil la kakak2 anda utk menemani dan jika kakak anda itu cantik, jgnla kedekut sgt untuk memperkenalkan kepada saya ye. kalu boleh umor dalam 18-21 tahon. tapi kalu maseh bersekolah juga boley dipertimbangkan. mengikut tahap kematangan dan kecomelan.. hehe.. ah cukuplah bersembang kosong. tidak kemana kita orang melayu jika asyik bersembang kosong. hanya akan terus ketinggalan dan terus dijajah oleh penjajah durjana. meskipon sudah tiada penjajahan di negara kita tapi kita harus menyedari bahawa minda generasi muda harapan bangsa kita masih belum merdeka dr penjajahan anasir2 luar yang melalaikan. sekarang anda semua tahu betapa serius post sy kali ini kan.jangan berani tersenyum sewaktu membincangkan perkara serius..

perkara serius dan dewasa yang ingin saya utarakan kali ini adalah mengenai masalah yang membelenggu rakyat malaysia sejak zaman Parameswara dan penubuhan Melaka lg. walaupun sudah ditubuhkan Polis Diraja Malaysia(PDRM), BOMBA, pencegah maksiat, RELA dan Parti Keadilan Rakyat(PKR), masalah ini masih berleluasa dan tidak dapat dicegah..TV3, RTM, ASTRO KIRANA, dan even MASTIKA sudah membuat pendedahan tapi masih juga tidak berkurangan kegiatan ini. walaupun kegiatan nyer berleluasa tetapi dalang nye masih tidak ditemui. sedangkan dadah juga berjaya ditumbangkan kegiatan haram nya oleh PDRM tapi tidak pada masalah yang ingin saya keutarakan ini iaitu masalah kecurian selipar di masjid..kenapa dikau berfikiran kotor mencuri selipar saya wahai pencuri selipar.. dem kamu pencuri selipar. walaupon sudah memasuki zaman it dan teknologi, masalah pencuri selipar masih belum dapat diselesaikan. mungkin hal ini kecik dimata anda semua. "ahh hanya bercakap psal selipar ap saya peduli kan. lagipon bukan selipar saya yang hilang.." ya mungkin perkara kecil bg anda jika bukan selipar anda yang hilang tapi pada rakan2 kita yang kehilangan seliparnya,pada saya, pernah anda semua tanya perasaan mereka? mungkin mereka dan saya sedih dan terluka tapi siapa yang tahu. tiada siapa peduli.. anda dengan hidup bahagia anda, pencuri selipar bahagia dengan selipar curi nya dan tinggalla mangsa kehilangan selipar seperti saya seorang diri terkontang kanting di masjid kerana tiada selipar untuk pulang. hendak membeli selipar baru, mana la ad kedai untuk dibeli berdekatan masjid. jadi apakah solusi kepada mangsa kecurian selipar ini.. cubela rakan-rakan bijaksana sekalian, letak diri anda di dalam keadaan mangsa kecurian selipar jepun ini, apa yang anda akan lakukan jika anda berada dalam keadaan ini.. jikalau pada saya, akan ada 2 option which are

1) balik umah yang jaoh dengan kaki ayam
2) curi balik selipar orang lain

dalam konteks intelektual sudah tentu kita akan pilih option (1) bukan. dalam masa ini kita mengalah. tidak apala selipar saya dicuri, benda sudah terjadi. redha saja dengan kehilangan selipar jepun bewarna hitam yang berharga rm10 yang dibeli di gerbang malam.tidak mengapa, tiada rezeki kata orang. kalu semua membuat keputusan begini alangkah indahnya alam. tetapi itu semua fantasi, tidak ramai yang memilih option (1) kerana kebanyakan kita memilih option (2) iaitu mencuri semula selipar orang lain. ahhh mn aci, selipar saya hilang kot, macam mana nk balik..terpaksa ar amek selipar lain pulak. inilah jawapan lazim yang diberi. sememangnya terang lagi bersuluh keputusan yang salah tapi itu la realiti nyer. disini la bermula nya keseriusan jenayah pencuri selipar, apabila si A mencuri selipar si B, maka si B akan marah dan mencuri selipar si C, si C pulak akan mengambil selipar si D dan keadaan ini berterusan sehingga abes selipar di masjid. masalah kecurian menjadi berganda. baru saja beribadat kembali membuat dosa. semuanya kerana pencuri kasut durjana. bukan setakat membuat jenayah mencuri malah menjadi ibu kepada penjenayah penjenayah laen. pencuri selipar ini boleh la kita ibarat kan sebagai penyakit diabetes yang melanda kebanyakan rakyat Malaysia. bukan setakat tiada penawar, malah menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya laen seperti serangan jantung, alzheimer dan sebagainya. disebabkan manusia berperangai ini la yang menjadi punca kejatuhan tamadun Melaka di tangan portugis berabad yang lalu. dan disebabkan ketamakan pencuri selipar juga la tanah melayu mudah ditawan jepun yang hanya berbasikal itu dan jika masalah dan perangai manusia2 ini tidak dibendung, tidak mustahil Malaysia akan dijajah lagi. sudahla pemikiran telah dijajah, tanah air juga tergadai. semuanya gara-gara pencuri selipar jepun Adidas rm10 ak.

nak jadi blogger kembali

setelah lme tidak tgk blog ni rs kecian plak kt die..
dan rasanya lepas ni nk tulis bnda2 sopan2 je..xnak nkal2 dah kerana saya sudah dewasa..
alam remaja tiada lg..semua benda adalah serius dan serius sahaja..

Sunday, November 1, 2009

Nasi ayam KFC dan cheezy wedges

sudah 2 minggu perut ini mengidam untuk menjamah nasi ayam kfc dan cheezy wedges kegemaranku. setiap kali keluar selalu tidak berpeluang untuk menjamu selera di KFC kerana gadis saya tidak begitu menggemari kentucky fried chicken. lagi2 nasi ayam kegemaran saya. begitu anti die melihat saya meng-order nasi ayam setiap kali ke kfc. hairan saya kenapa seorang manusia normal boleh tidak menggemari nasi yang dihidangkan bersama ayam yang digoreng rangup dengan rempah rahsia dan ditambah pula dengan rasa spicy.. ahhh sungguh sedap sekali. dengan hanya menaip membuatkan air liur saya meleleh2 terkenangkan ayam yang digoreng rangup dengan rempah rahsia itu. nafsu buas saya terhadap ayam kfc itu membuak2 sehinggakan iman ini tidak mampu menahan lg..saya bersungguh2 memikirkan seribu cara dan helah untuk mendapatkan juga ayam yang digoreng rangup dengan rempah rahsia itu. setelah 7 minit 34 saat berfikir, baru terlintas di benak fikiran saya bahawa gadis saya sedang berada di ipoh melawat kawannye sakit.. ahh pluang keemasan ni.. dengan pantas sy mendail telefon dan mengorder pd si dia.. wlaupon dimarahi seketika, kerna sayang kepada saya dibeli juga nasi ayam kfc yang digoreng rangup dengan rempah rahsia itu. setelah lebih kurang 5 jam menunggu, si dia yang ku nanti kunjung pulang jua. saya memulakan langkah seribu berlari mendapatkan ayam goreng yang digoreng rangup dengan perencah rahsia itu.

dalam perjalanan pulang, saya memeluk erat plastik kfc itu tanda rasa sayang dan berahi ingin menjamahnye.. sewaktu melangkah ke pintu rumah, terserempak pula dengan amir izudin, housmate ku. die menegur,"kfc ye bang, simpan cket utk adk ye bang". lbey kurang mcm itu la maksudnye.. hatiku berdebar-debar mendengarnye..hatiku berbicara,"aikk ayamnye cket ni, kalu kongsi x kenyang pulak". syaitan pula makin hangat menghasutku."ala brader, ape barang kongsi.sedap 2 kfc.mkn sorg br puas",bisik syaitan di telinga kiriku.ku bisikkan kembali kepada syaitan,"mana boleh mcm 2 tan, kite kena kongsi.lgpon kan dpt pahala berkongsi".syaitan pon tunduk malu lalu beredar dengan muka malu..haha insaf la 2 lari 2..ak berjalan dengan bahagia nyer masuk kedalam bilek..

tiba tiba tidak ku sangka2 syaitan itu datang kembali membawa bapanya yang besar dan pandai mengayat. cilaka punya syaitan, x insaf lagi la 2. pak tan mula mengayat ak."ala wei, itu kan ayam goreng yang digoreng rangup dengan rempah rahsia, xkan nk kongsi kot". ahhh betul2 handal pak tan ni. die taw ayam ni ayam yang digoreng rangup dengan rempah rahsia. "pak tan ni x bek taw hasut2 saya cmni,nnt masuk neraka" kata ku kepada paktan. die ketawa terbahak2 mendengar ak berkata begitu.. kuang ajor betoi.ak seyes die gelak2 plak..pak tan pon berkata,"barang cket x elok kongsi, nnt x cukup lg dosa".ehh btol jgk ni..pndai sungguh syaitan ni berkata-kata sehinggakan yang x elok pon bley jd cm elok.aduhaii berat ni..

ak pon terus mengunci pintu dan menjamah ayam kegemaranku itu.. sungguh enak perasaan apabila ayam yang rangup itu bersatu bersama air liurku. deri rasaku bergetar seperti mencapai kenikmatan yang tidak terhingga.. nasi ayam kfc dan cheezy wedges itu mmbuatkan ak lupa segala nya.. ak terdengar pintu diketuk berulang kali tapi tidak ku hiraukan kerana terlalu nikmat meratah dada ayam itu. "jaid,bukak pintu jaid",berulang kali dan sayup kedengaran suara itu.. tapi tetap tidak ku hiraukan jua.hehe..maafkan ak amir izudin dan semua housmateku. aku tidak sengaja mengunci pintu. syaitan besar yang menghasutku. ditambah pula dengan ayam yang digoreng rangup itu, ak tewas. maapkan aku rakan2..
len kali la kita makan bersama sama..

Monday, October 26, 2009

epi bday sayang

26-10-2009

alarm handphoneku berbunyi krek krek dengan niat ingin mmberitahu bhwa hari jadi awek ku sudah kunjung tiba. ahh br teringat hari jadinye 27 aribulan oktober. ermm ape yang sesuai dihadiahkan ek," aku berbisik sendirian. ermm sambil berfikir tetiba.....

ehh sudah pkul 6 rupenye. tidak disangka2 aku berfikir sehingga terlelap di atas katil. kelas probstat pon ak tuang seperti air kosong sje. sedang enak aku menggeliat, ak menerima pula panggilan daripada teman seperjuangan bisness basikal, asri mengatakan bhwa ad pelanggan. wahh sungguh busy hidup ak sejak bergelar bisnesman ni. sdar tidak sedar waktu pon berlalu dengan pantas. ak melihat jam di tangan, sudah pkul 9 lbey. baru sahaja ingin berehat, baru ku ingat lab repot masih belum ku siapkan. aku dengan pantasnye menyiapkan lab repot yang banyak dan menyusahkan itu.

27-10-2009

semua lab repot itu membuatkan ak terlupa bday awekku. jam sudah menunjukkn pkul 12.10 am dan ak masih terlupa. dengan selambernyer ak menanyakan kepadanye, syg wat ape 2?die cuba memberikan klu kepadaku utk menyedarkan ku bhawa bdaynye telah tiba. tetapi ak yang masih buta dan naif ni dengan selambernye bertanya, ayg chat ngan sape 2. die pon dengan selamber menjawab, chat dgn kwn, die wish bday. dan waktu itula ak mula menyedari bhwa ak sudah terlambat utk wish bday kepadanye. adiah2 dan kad pon terlupa utk ak sediakan. die sudah mula merajuk dan bermasam muka. hatiku gundah gulana melihatnye kecewa ak tidak menjadi yg pertama wish kepadanye. tanpa berfikir panjang, pen marker kucapai dan kertas ku ambik. ku lipat 2 lalu ku tulis SELAMAT HARI JADI KE-20. ku perlihatkan kad ku kepadanya. die tersenyum kegirangan. hatiku lega melihat die tersenyum. oleh kerana sayang, ku nyanyikan 3 lagu epi bday kepadanya. die semakin lebar tersenyum. makin syang kt ak la 2. hehe. ermm menjadi taktik ku rupenye. hehe. SELAMAT HARI JADI SAYANG. nanti abg bagi hadiah yang btoi2 pnye ek. wat mase ni amek je kad 2 dulu ek.hehe



birthday gurl ku


kad raya yang ikhlas ku buat

Saturday, October 24, 2009

paling jiwang la ni..kompem bapuk abis

kali ni ak nk berjiwang gulana cket la berikutan jiwa ak pon sdang dilamun cinta ni.
kite manusia ni x kan pernah lpas dr wat clap. x kire la mne2 pon, keje ke idup ke tp ak nk tekankan psal hubungan la sbb ak kn dilamun cinta.hehe. kalu dlm hubungan ni laki la yg selalu slh. mcm2 yg x kna nye,mcm2 yg x btoinye. sme la org umah ak 2, asyik nk mengomel je keje. kdg2 laki ni sbenarnye sje2 je wat salah. sje2 nk kna marah sbb disebalik kejantanan laki ni ad jgok kelembutan die. sbb 2 org selalu ckp ala brader ni muke ganas cm naga tp ngan awek cair cm cuka. haa laki ni, ermm aggp ak la snang. ak kadang2 sje je wat2 bnda yg org umah ak x ske sbb sje nk brmnje2 ngan die.hehe. kadang2 pmpuan ni kalu mkn marah mkn comei,kiut je napok mukenye, mkn sjuk la ati ak nengok nyer.ati ak sejuk la kn tp ati die mkn pnas la sbb die tgh mrh2 kite senyum je dgr kn.ak pon pnas g2. tp kalu nk sje2 wat slh pon ad btas die jgak. kalu x mnentu mase wat salohnye hangin jgk minah 2. kdg2 die tgh studi kite cr gaduh lak kn, ngamuk la die. lagi2 kalu period. kang kna baling ngan pad x psal mlekat darah kt mke. hehe. ak pnah kot skali kna cm2.kna mrh sbb kaco time studi la, bkn pnah kna baling ngan pad. tp pmpuan pon kna la phm jgok kemahuan nurani laki ni. kcian ktorang, nk kasih sayang diberi tamparan. kalu diberi rabaan xpela jgak. hehe.

kalu cite psal mengalah je mst org cakap laki yg patut mengalah. ala ko kn laki,mengalah la ngan pompuan, ati pompuan lmbut kot. mst sume org ckap cm2. aritu rumet ak tnye pndpat ak pon ak jwb cm2. abis 2 hari die duk ulang dengar lagu psal mengalah mengalah ni. lpe dah ak tjuk lgu nyer. ak dgr pon nek tensen. tp rasanye mmg btoi pon laki yg patut mengalah. laki kn gentlemen. kalu gentlemen baru org umah sayang. kalu brebut tmpat mkn ke,laki nk mkn kt mcd jusco awekz nk mkn mcd gopeng, mengalah je le yg laki 2. ikutla awekznye mkn mcd gopeng. pdhal ikut logik nyer sme je. tp nk wat cmne pmpuan ni kn crewet mewet.haa cmnila lumrah lelaki, mst cair nyer ngan pompuan, 2 yang selalu kna mengalah 2. pmpuan plak dh taw laki suke mengalah jgn la mengambil ksempatan plak. xnak mengalah langsung. kadang2 kite ni walaupon taw kite x salah,mengalah la utk kebaikan kedua dua pihak.brla rumah tangga jiwa nestapa aman harmoni bahagia hendaknye. fulamak mantap ar post ak kali ni. mcm fadhilah kamsah pon ad.

pompuan ni dr yang ak pham sgt suke menjadikan teman die sebagai tempat bergantung. ad masalah cr balak, gaduh ngan membe gtaw pakwe, xde crita nk tgk pon nk mengadu, kadang2 nk buka baju pon suruh ak.eh ni dh len men buka-buka ni.hehe. pokoknye, kalu dah die sayang kt laki 2, die akn jdknnye tmpat bergantung, tmpat mengadu siang malam. sme la ngan org umah ak 2. sume bnda pon nk direpotnye, sume bnda nk diberitahunye, kalu die xde itu ini, ak la yg dcarinye. tp ak kadang2 x melayan jugak. lagi2 kalu tengah men game ke, tengok cerita ke, memang sori ler ak nk melayan. kalu dh x melayan mula la merajuk pe sume.tapi majuk pon x dlayan jgok kalu tgh men game.hehe. kalu dh kte x tlg, die pon mntak la tlg ngan org len. kalu ngan pompuan x ksah la kan, tp kalu ngan laki tergugat jugak la rs ati ni chot. balak sndri x tolong org len lak tolong kn. mmg la plik. tapi itula, nk tolong malas,mntak tolong org len ak pulak yang marah. hehe ak pon pening dh.

papepon sedar x sedar gaduh2 marah2 2 la yg mmbuatkan kite makin mengenali teman kite. setiap psangan xkan trlepas dr perselisihan pham. semua itu la yang menambahkan kemanisan hidup berpasangan.ak nk publish falsafah ak sndri ni cket la. lauk gulai ayam xkan sedap kalu ad gula sahaje, kite kna la taruk garam, serbuk gulai pe sume. kalu nk sdap lagi taruk ajinomoto cket. barula rasa gulainye, baru la rs nikmatnye. cm2 la jugak kite.idup ini xkan nikmat kalu hanya ad manisnye, gaduh2 itula asam garamnye, berkelahi itula ajinomotonye..

Monday, August 10, 2009

blog ini ak syg

dh lme x mnjenguk blog ak ni..
aritu bajet nk jenguk rajin2 dh..
tp nafsuku tidak mengizinkan plak..
adoyaiii..

Thursday, February 26, 2009

minta maap blogku

blogku,
sudah bertahun tidak ku jengukmu,
hampir setiap ari kau menghubungiku,
namun ku tidak mengendahkan setiap pggilanmu,
sejujurnye aku tidak mengerti hasratmu,


maafkan aku kerana mengabaikan mu,
melepaskan tggunjawab yg telah mnjadi milikku,
menyisihkan mu yg sntiasa disampingku,
tp ak ingin kau tahu yg kau sntiasa dalam atiku,

blogku,
terlalu besar pengorbananmu kepadaku,
semua jasamu xkan mampu ku balas,
kenangan kita bersama xkan pernah trpadam,
akan sntiasa ku ingat dalam benakku,

ak berjnji padamu,
siang malamku hanya untukmu,
tengah malam juga mnjadi milikmu,
ak akn sentiasa menjagamu,
menatangmu sepanjang waktu,

aku minta maap blogku