CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 12, 2010

HAL ORANG DEWASA PART 1

oleh kerana umur saya telah meningkat 20-an maka saya telah diberikan kelulusan oleh kerajaan Malaysia utk bercakap mengenai perkara2 yang agak berbahaya kepada kanak yang belum tahu membezakan baek dan buruk atau dengan kata laen nya yang belum mumayyiz. jika ada juga kanak2 yang berdegil untuk membaca, sila la panggil dahulu ibu bapa anda untuk menemani anda. jika ibu bapa anda malas untuk melayan kerenah anda, panggil la kakak2 anda utk menemani dan jika kakak anda itu cantik, jgnla kedekut sgt untuk memperkenalkan kepada saya ye. kalu boleh umor dalam 18-21 tahon. tapi kalu maseh bersekolah juga boley dipertimbangkan. mengikut tahap kematangan dan kecomelan.. hehe.. ah cukuplah bersembang kosong. tidak kemana kita orang melayu jika asyik bersembang kosong. hanya akan terus ketinggalan dan terus dijajah oleh penjajah durjana. meskipon sudah tiada penjajahan di negara kita tapi kita harus menyedari bahawa minda generasi muda harapan bangsa kita masih belum merdeka dr penjajahan anasir2 luar yang melalaikan. sekarang anda semua tahu betapa serius post sy kali ini kan.jangan berani tersenyum sewaktu membincangkan perkara serius..

perkara serius dan dewasa yang ingin saya utarakan kali ini adalah mengenai masalah yang membelenggu rakyat malaysia sejak zaman Parameswara dan penubuhan Melaka lg. walaupun sudah ditubuhkan Polis Diraja Malaysia(PDRM), BOMBA, pencegah maksiat, RELA dan Parti Keadilan Rakyat(PKR), masalah ini masih berleluasa dan tidak dapat dicegah..TV3, RTM, ASTRO KIRANA, dan even MASTIKA sudah membuat pendedahan tapi masih juga tidak berkurangan kegiatan ini. walaupun kegiatan nyer berleluasa tetapi dalang nye masih tidak ditemui. sedangkan dadah juga berjaya ditumbangkan kegiatan haram nya oleh PDRM tapi tidak pada masalah yang ingin saya keutarakan ini iaitu masalah kecurian selipar di masjid..kenapa dikau berfikiran kotor mencuri selipar saya wahai pencuri selipar.. dem kamu pencuri selipar. walaupon sudah memasuki zaman it dan teknologi, masalah pencuri selipar masih belum dapat diselesaikan. mungkin hal ini kecik dimata anda semua. "ahh hanya bercakap psal selipar ap saya peduli kan. lagipon bukan selipar saya yang hilang.." ya mungkin perkara kecil bg anda jika bukan selipar anda yang hilang tapi pada rakan2 kita yang kehilangan seliparnya,pada saya, pernah anda semua tanya perasaan mereka? mungkin mereka dan saya sedih dan terluka tapi siapa yang tahu. tiada siapa peduli.. anda dengan hidup bahagia anda, pencuri selipar bahagia dengan selipar curi nya dan tinggalla mangsa kehilangan selipar seperti saya seorang diri terkontang kanting di masjid kerana tiada selipar untuk pulang. hendak membeli selipar baru, mana la ad kedai untuk dibeli berdekatan masjid. jadi apakah solusi kepada mangsa kecurian selipar ini.. cubela rakan-rakan bijaksana sekalian, letak diri anda di dalam keadaan mangsa kecurian selipar jepun ini, apa yang anda akan lakukan jika anda berada dalam keadaan ini.. jikalau pada saya, akan ada 2 option which are

1) balik umah yang jaoh dengan kaki ayam
2) curi balik selipar orang lain

dalam konteks intelektual sudah tentu kita akan pilih option (1) bukan. dalam masa ini kita mengalah. tidak apala selipar saya dicuri, benda sudah terjadi. redha saja dengan kehilangan selipar jepun bewarna hitam yang berharga rm10 yang dibeli di gerbang malam.tidak mengapa, tiada rezeki kata orang. kalu semua membuat keputusan begini alangkah indahnya alam. tetapi itu semua fantasi, tidak ramai yang memilih option (1) kerana kebanyakan kita memilih option (2) iaitu mencuri semula selipar orang lain. ahhh mn aci, selipar saya hilang kot, macam mana nk balik..terpaksa ar amek selipar lain pulak. inilah jawapan lazim yang diberi. sememangnya terang lagi bersuluh keputusan yang salah tapi itu la realiti nyer. disini la bermula nya keseriusan jenayah pencuri selipar, apabila si A mencuri selipar si B, maka si B akan marah dan mencuri selipar si C, si C pulak akan mengambil selipar si D dan keadaan ini berterusan sehingga abes selipar di masjid. masalah kecurian menjadi berganda. baru saja beribadat kembali membuat dosa. semuanya kerana pencuri kasut durjana. bukan setakat membuat jenayah mencuri malah menjadi ibu kepada penjenayah penjenayah laen. pencuri selipar ini boleh la kita ibarat kan sebagai penyakit diabetes yang melanda kebanyakan rakyat Malaysia. bukan setakat tiada penawar, malah menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya laen seperti serangan jantung, alzheimer dan sebagainya. disebabkan manusia berperangai ini la yang menjadi punca kejatuhan tamadun Melaka di tangan portugis berabad yang lalu. dan disebabkan ketamakan pencuri selipar juga la tanah melayu mudah ditawan jepun yang hanya berbasikal itu dan jika masalah dan perangai manusia2 ini tidak dibendung, tidak mustahil Malaysia akan dijajah lagi. sudahla pemikiran telah dijajah, tanah air juga tergadai. semuanya gara-gara pencuri selipar jepun Adidas rm10 ak.

5 comments:

Anonymous said...

huahuahuahua...

pjg berjela type,,isunye selipar kena curi! mmg xmatang la anda!

Dr. Mohd Amir Zaid said...

hehehe..
bkn selipar biasa..
adidas 2..hehe

Anonymous said...

ade hikmah disebalik tu
tengok,sekarang Tuhan ganti dengan selipar jepun ungu..

Anonymous said...

nak tambah pendapatan? sila view => http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=alyaahusna

LyNaAlyaa said...

Hype. Nak tahu x bagaimana perniagaan di internet dapat menambah pendapatan anda? Dapatkan LAPORAN EKSKLUSIF secara PERCUMA tentang kejayaan jutawan muda yang hanya menjalankan perniagaan internet. Anda juga boleh mengikut jejak langkah mereka. Berminat? Sila lihat link ini : ~ http://formulaluarbiasa.com/recommends/money-secret ~. Tawaran terhad!